Sembunyi.

*_Sultan Brunei 🇧🇳Yang Menyembunyikan Status Ahlul Bait Berketurunan Nabi Muhammad SAW.”_*

*_Ada 1 fakta menarik yang mungkin korang tak tau. Sultan Brunei sekarang sebenarnya berketurunan Rasulullah SAW dari jalur Saidina Hassan!_*

*_Eh, seriuslah!_*

*_Ianya bermula dari pemerintahan Sultan Sharif Ali ibn Sharif Ajlan, Sultan ketiga Kerajaan Kesultanan Brunei Darussalam yang memerintah dari tahun 1425 sehingga 1432._*

*_Sultan Sharif Ali juga dikenali sebagai Sultan Barakat. Sharif Ali menikahi Puteri Ratna Kesuma, puteri Sultan Ahmad, pemerintah kedua Brunei ketika itu._*

*_Disebabkan Sultan Ahmad tiada anak lelaki, Sharif Ali ditabal jadi Sultan. Setelah jadi Sultan, Sharif Ali dikenal sebagai pemimpin yang memperkuat syiar Islam di Brunei serta memperkenalkan undang-undang Islam._*

*_Sebenarnya, macam mana Sultan Sharif Ali boleh sampai Brunei?_*

*_Menurut catatan Tarsilah Brunei, Sultan Barakat berasal dari Taif, Mekah dan memiliki Pedang Si Bongkok kerana beliau ialah seorang Amir Mekah._*

*_Menurut “Buku Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah Dan Kerajaan Melayu” ada menceritakan bahawa Sharif Ali diangkat menjadi Penguasa Mekah ketika usianya masih muda dan melewati konflik perebutan kekuasaan di sana._*

*_Konflik dengan mantan penguasa Mekah, Syarif Inan terjadi berulang kali, bahkan mencapai puncaknya dalam pertempuran di Syeib Al-Azir pada tahun 1387._*

*_Meskipun tidak ada pemenang, jelas konflik ni menimbulkan kekacauan di Mekah._*

*_Pada akhirnya, Syarif Ali mendapatkan sokongan penuh dari syarif-syarif terkemuka di Mekah yang membuat Raja Mesir, Al-Malik Az-Zahir Sayf ad-Din Barquq serahkan kekuasaan Amir Mekah sepenuhnya kepada Sharif Ali. Ini menyebabkan pertelingkahan di Mekah dari pihak Syarif Inan._*

*_Untuk meredakan keamanan di Mekah, Sharif Ali penjarakan penyokong Syarif Inan, tapi tindakan ni menyebabkan ramai penduduk Mekah meninggalkan kota itu menuju Yanbu._*

*_Pada tahun 1395, Sharif Ali meninggalkan jawatannya sebagai Amir Mekah dan pergi berkelana dari Mekah ke Brunei, di mana baginda menemui ketenangan dan akhirnya meninggal pada tahun 1432._*

*_Baginda sepanjang masa berkelana dari negara ke negara tetap tampil bersederhana sebagai seorang pendakwah mengembangkan syiar Islam tanpa sekalipun pernah memberitahu bahawa baginda adalah seorang Amir Mekah sebelumnya._*

*_Hanya Pedang Si Bongkok pemberian Raja Mesir kepada baginda kekal disimpan sebagai saksi baginda pernah menjadi Amir Mekah._*

*_Baginda dikebumikan dengan sederhana tanpa pangkat atau gelaran di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan. Hanya tertulis perkataan “Ali” pada batu nisan baginda._*

*_Baginda meninggalkan amanat sebelum kemangkatannya bahawa tidak ada pangkat yang harus dibawa, kerana semua manusia sama di hadapan Allah._*

*_Daripada jalur Sultan Barakat inilah melahirkan pemerintah-pemerintah Brunei yang seterusnya termasuk Sultan Brunei yang bertakhta sekarang iaitu Sultan Hasanal Bolkiah._*

*_Oleh: Azizul Farhan_*

___

*_KITAB TAMADUN MELAYU II bakal bawa korang kenal kerajaan-kerajaan Melayu termasuk Kerajaan Brunei dan banyak lagi kerajaan lain yang pernah atau masih wujud sehingga hari ini!_*

*_Serius seronok kalau korang dapat tahu betapa hebatnya orang Melayu ni dulu!_*